ASPEK TATABAHASA WACANA

KONSEP WACANA

Menurut Asmah Hj Omar (1986), wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan sesuatu pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi. Harimurti Kridalaksana (1992) pula mentakrifkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang lengkap dan dalam hierarki tatabahasa, wacana merupakan kesatuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri ensiklopedia, perenggan, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.Wacana merupakan unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat bahasa yang tertinggi, iaitu selepas tingkat ayat.



Wacana dikatakan melebihi batas ayat kerana dalam kajian wacana, aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja, tetapi turut merangkumi aspek-aspek yang lebih luas daripada ayat. Selain itu, wacana juga dikatakan melebihi batas ayat kerana wacana mungkin terdiri daripada dua ayat, sejumlah ayat, satu perenggan, sebuah karangan, satu bab, sebuah buku, ataupun satu siri buku. Seperti Kamus Dewan,Kamus Linguistik juga memberikan definisi yang hampir sama berkaitan dengan wacana. Menurut Kamus Linguistik, wacana merupakan unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik

Menurut Kamus Dewan pula, wacana merupakan keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan dan juga percakapan. Definisi lain bagi wacana yang dikemnukan dalam Kamus Dewan ialah kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan seperti pidato, khutbah atau tulisan seperti artikel, rencana,surat, novel dan cerpen. Kesimpulannya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Ringkasnya, wacana ialah satu unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.

JENIS-JENIS WACANA


1. Wacana Lisan
     
     Wacana ini disampaikan secara lisan melalui media lisan. Si penerima wacana perlu menyemak atau mendengar dan ianya boleh diulang dengar atau ditonton. Contoh bagi wacana ini ialah wacana yang disiarkan di radio dan ceramah.


2. Wacana tulisan
-      
    Wacana ini disampaikan dalam bentuk bertulis melalui media tulisan. Wacana ini perlu dibaca bagi mendapatkan maklumat dan memahami wacana tersebut.

WacanaTulisan
• Disampaikan secara bertulis : melibatkan
hubungan antara penulis dengan pembaca.
• Melibatkan komunikasi s...


Rujukan:

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob (2012). Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.

Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob (2012). Analisis Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publications.


No comments:

Post a Comment