PENGENALAN KEPADA WACANA
Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang
melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit
bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk
sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan
dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga
amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. Terdapat
tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat,
keadaan dan interteks.
Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara. Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana.
Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran.

No comments:
Post a Comment